Universiti Malaysia Terengganu

Ucapan Penghargaan Dan Terima Kasih Sempena Penganjuran Majlis Syarahan Perdana UMT Siri Ke-32 – Prof. Dr. Wan Izatul Asma Wan Talaat

13 NOVEMBER 2024 – UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH SEMPENA PENGANJURAN MAJLIS SYARAHAN PERDANA UMT SIRI KE-32 – PROF. DR. WAN IZATUL ASMA WAN TALAAT
 
Jawatankuasa Pelaksana Majlis Syarahan Perdana UMT yang di-urusetia PSNZ ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Prof. Ts. Dr. Mohd Zamri bin Ibrahim, Naib Canselor UMT di atas kesudian hadir merasmikan majlis pada hari ini. Ucapan tahniah juga dipanjangkan kepada penyampai syarahan, Prof. Dr. Wan Izatul Asma Wan Talaat, atas syarahan yang bertajuk “Ocean Governance : Bridging the Gap, Connecting the Dots”.
 
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih dirakamkan juga kepada Timbalan-Timbalan Naib Canselor, ahli-ahli MPU, Pegawai-Pegawai Utama UMT, Dekan-Dekan, serta warga UMT yang hadir memeriahkan majlis hari ini.
 
Pihak urusetia juga merakamkan setinggi-tinggi perhargaan kepada wakil-wakil agensi pameran iaitu Bahagian Perancangan Wilayah – (Rancangan Fizikal Zon Persisiran Pantai Negara) – RFZPPN, Pejabat Projek Zon Timur (PPZR) – (Geobencana Pantai), Institut Maritim Malaysia (MIMA), Pasukan Simpanan TLDM dan PUSMAS TLDM yang turut hadir menyokong program ini.
 
Ucapan ini juga ditujukan terutamanya kepada Pejabat Komunikasi Korporat (PKK), Pejabat Pendaftar (PEND), Pejabat Pembangunan dan Harta (PPH), Pusat Ekosistem Digital (PED), Bahagian Keselamatan UMT, Pusat Kesihatan Universiti (PKU), serta warga UMT yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyokong dan bersama-sama berganding bahu mencurahkan idea dan tenaga bagi memastikan majlis mencapai objektif yang ditetapkan. Semoga kerjasama dan sokongan seumpama ini akan berterusan di masa akan datang.
 
Skip to content