Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah

Universiti Malaysia Terengganu

Sekitar Program Strategi Pencarian Dan Pengurusan Maklumat Dalam Penulisan Ilmiah (21 – 22 JULAI 2024)

22 JULAI 2024 – SEKITAR PROGRAM STRATEGI PENCARIAN DAN PENGURUSAN MAKLUMAT DALAM PENULISAN ILMIAH (21 – 22 JULAI 2024)
 
Program ini telah dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan dan Perkhidmatan Maklumat, PSNZ, UMT dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Besut dan merupakan salah satu program University Social Responsibility (USR).
 
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang perkhidmatan perpustakaan seperti cara mengakses perkhidmatan digital dan fizikal, pencarian koleksi perpustakaan, teknik pengaksesan dan penilaian maklumat yang tepat.
 
Program ini melibatkan seramai 109 termasuk pelajar, pensyarah dan staf pengiring dan telah diadakan di EduRoom PSNZ.
 
Skip to content