Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah

Universiti Malaysia Terengganu

Program Resensi Buku Bersama Penulis : Prof. Dr. Solehah Binti Haji Yaacob “Revolusi Bahasa Dan Asas Tamadun”

18 JULAI 2024 – PROGRAM RESENSI BUKU BERSAMA PENULIS : PROF. DR. SOLEHAH BINTI HAJI YAACOB “REVOLUSI BAHASA DAN ASAS TAMADUN”
 
Selesai sudah Program Resensi Buku Bersama Penulis : Prof. Dr. Solehah binti Haji Yaacob. Jawatankuasa Read@Uni Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah UMT ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Prof. Dr. Solehah Binti Haji Yaacob, Pensyarah Falsafah Jabatan Bahasa Arab dan Kesusasteraan, Kuliyyah AHAS KIRKHS Universiti Islam Antarabangsa selaku penulis buku atas kesudian untuk menerima jemputan bagi program ini.
 
Ucapan penghargaan dan terima kasih juga dirakamkan kepada YBhg. Prof. Dr. Asyraf bin Haji Ab Rahman, Dekan Pusat Pendidikan Asas & Lanjutan- PPAL UMT, YBhg. Prof. Madya Dr. Azza Jauhar binti Ahmad Tajuddin, Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar) PPAL selaku Moderator, wakil-wakil agensi/institusi, sekolah-sekolah angkat UMT serta warga UMT yang hadir memenuhi jemputan program hari ini.
 
Ucapan ini juga ditujukan terutamanya kepada Pejabat Komunikasi Korporat (PKK), Bahagian Keselamatan (PEND), warga PSNZ serta warga UMT yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyokong dan bersama-sama berganding bahu mencurahkan idea dan tenaga bagi memastikan program mencapai objektif yang ditetapkan. Semoga kerjasama dan sokongan seumpama ini akan berterusan di masa akan datang.
 
Skip to content