Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah

Universiti Malaysia Terengganu

Pengurusan Harta Pusaka dan Harta Orang Islam Menurut Syarak

Description of the book :

Ketika berlakunya kematian, maka terputuslah segala urusan si mati dengan segala harta yang ditinggalkan akan dipusakai oleh waris yang berhak. Pembahagian harta pusaka mesti dilakukan dengan pengurusan yang betul dan cekap. Namun, kebanyakan masyarakat membelakangkan hukum faraid dalam pembahagian harta seperti pembahagian harta secara sama rata tanpa mengetahui kepentingan perlaksanaan pembahagian secara faraid. Ini adalah bertentangan sepertimana yang telah diwahyukan oleh Allah SWT dalam al-Quran melalui surah Al-Nisa’ ayat 11, 12 dan 176.

Sebaiknya pengurusan harta pusaka bagi umat Islam di Malaysia perlu menggunakan pendekatan ilmu faraid sebagai medium utama seperti yang telah ditetapkan oleh Allah SWT untuk mendapatkan kejayaan dan juga pahala. Manakala hibah dan wasiat merupakan pelengkap kepada pengurusan harta pusaka. Secara asasnya pembahagian yang paling adil ialah apa-apa yang telah disyariatkan  dalam al-Quran sebagai panduan mengurus pusaka pada masa hadapan.

Skip to content