Description of the book :
Panduan Keselamatan Kerja Lapangan UMT ini merupakan satu panduan komprehensif yang menyediakan prosedur, arahan dan cadangan yang sangat bermanfaat untuk memastikan semua aspek keselamatan dan kesihatan sentiasa dititiberatkan semasa menjalankan kerja lapangan. Panduan ini merangkumi semua langkah keselamatan yang diperlukan bermula daripada mengenal pasti potensi hazard (bahaya), menilai risiko dan perlaksanaan protokol atau langkah-langkah keselamatan yang terlibat.
Panduan ini menekankan kepentingan untuk menjaga keselamatan dan kesihatan semua pihak yang terlibat kerana kerja lapangan merupakan salah satu tugasan yang berisiko tinggi dan sukar dijangka. Ia diharapkan akan dapat menangani atau mengawal pelbagai situasi berbahaya atau hazard semasa menjalankan kerja lapangan. Selain itu, buku ini mengandungi prinsip-prinsip dan teknik-teknik keselamatan yang praktikal seperti penggunaan kelengkapan pelindung diri (PPE), pengendalian dan penyimpanan bahan kimia yang betul, penggunaan peralatan kecemasan, prosedur tindak balas kecemasan dan teknik pertolongan cemas.