08 OKTOBER 2024 – MAJLIS MENANDATANGANI LOI DI ANTARA PSNZ, UMT DAN FORUM PERPUSTAKAAN PERGURUAN TINGGI MUHAMMADIYAH AISYIYAH (FPPTMA) INDONESIA
Â
Pada 8 Oktober 2024 telah berlangsung Majlis Menandatangani LOI di antara PSNZ, UMT dan FORUM PERPUSTAKAAN PERGURUAN TINGGI MUHAMMADIYAH AISYIYAH (FPPTMA), Indonesia bertempat di Universitas Muhammadiyah Aisyiyah, Yokyakarta. LOI ini telah ditandatangani oleh Tn. Haji Abu Hassan Ghazali, Ketua Pustakawan PSNZ dan Ibu Irkhamiyati, Ketua Umum FPPTMA dan turut disaksikan oleh Dr. Moh. Ali Imron, Timbalan Rektor Akademik & Hubungan Antarabangsa.
Â
PSNZ akan melaksanakan kerjasama antarabangsa melibatkan 164 buah universiti utama di Indonesia dengan tempoh ikatan selama 2 tahun merangkumi aktiviti pertukaran sumber maklumat, kerjasama dalam penyelidikan dan pembangunan teknologi Perpustakaan, Pembangunan Program Literasi Maklumat, Pertukaran kakitangan dan Latihan professional, pembangunan dan akses kepada koleksi khas serta penerbitan dan Persidangan Kolaboratif.
Â
FORUM PERPUSTAKAAN PERGURUAN TINGGI MUHAMMADIYAH AISYIYAH (FPPTMA) dianggotai oleh 164 Perpustakaan Perguruan Tinggi di Indonesia.
Â
PSNZ cemerlang, UMT gemilang.
Â