Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah

Universiti Malaysia Terengganu

Lawatan Penandaarasan Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Ke Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ), Universiti Malaysia Terengganu

9 SEPTEMBER 2024 – LAWATAN PENANDAARASAN PERPUSTAKAAN UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) KE PERPUSTAKAAN SULTANAH NUR ZAHIRAH (PSNZ), UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
 
Pada hari ini, PSNZ telah menerima kunjungan delegasi dari Perpustakaan USIM seramai 20 orang terdiri daripada 14 pustakawan, 2 penolong pustakawan dan 4 pembantu pustakawan. Kunjungan delegasi ke PSNZ adalah bertujuan untuk menambahkan pengetahuan melalui perkongsian amalan terbaik di PSNZ dari aspek pengurusan dan perkhidmatan perpustakaan.
 
Taklimat telah disampaikan oleh Tn. Haji Abu Hassan Ghazali, Ketua Pustakawan PSNZ dan delegasi telah dibawa melawat ke semua Bahagian di PSNZ.
 
Jutaan terima kasih kepada Puan Marhaniza Abdul Halim, Ketua Jabatan Perpustakaan USIM dan semua peserta program lawatan ini kerana memilih PSNZ sebagai salah satu destinasi kunjungan.
 
Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada semua pustakawan dan warga PSNZ yang telah hadir dan turut serta sepanjang program ini berlangsung.
 
Semoga segala perkongsian akan dapat dimanfaatkan bersama. In Shaa Allah.
 
Skip to content