Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah

Universiti Malaysia Terengganu

Lawatan Penandaarasan Dan Membina Jaringan Ke Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, Universiti Malaysia Terengganu

21 JULAI 2024 – LAWATAN PENANDAARASAN DAN MEMBINA JARINGAN KE PERPUSTAKAAN SULTANAH NUR ZAHIRAH, UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
 
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Abu Hassan Ghazali, Ketua Pustakawan, PSNZ atas ucapan aluan yang telah disampaikan.
 
Ucapan terima kasih juga kepada pihak Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pendidikan Teknik (IPGMKPT) yang diketuai oleh Encik Abu Kassim Mohd Razali, Ketua Unit Pusat Sumber, IPGMKPT serta semua yang hadir.
 
Program lawatan ini adalah bertujuan untuk perkongsian pintar sebagai penanda aras membina jaringan antara organisasi akademik dan perpustakaan awam dengan mencapai objektif untuk menyediakan modul yang sesuai bagi persediaan kursus asas Pembantu Operasi Perpustakaan di bawah Institut Pendidikan Guru Malaysia sebagaimana Seminar Kebangsaan Pembantu Pustakawan yang telah dilaksanakan oleh PSNZ, UMT.
 
Pelawat juga dibawa ke Aras 1 dan Aras 2 bagi melihat kemudahan yang terdapat di PSNZ.
 
Skip to content