Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah

Universiti Malaysia Terengganu

PROGRAM RESENSI BUKU BERSAMA PENULIS : DATO’ SERI DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI “SALAM TERAKHIR”

August 8, 2023
10:00 - 13:00
AUDITORIUM PSNZ, UMT.

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato’/Prof. Emeritus/Prof./Dr./Tuan/Puan/Saudara/Saudari yang dihormati,

JEMPUTAN KE PROGRAM RESENSI BUKU BERSAMA PENULIS : DATO’ SERI DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI “SALAM TERAKHIR”

Sukacita dimaklumkan, Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah akan menganjurkan Program Resensi Buku Bersama Penulis : Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri seperti butiran berikut:

Tarikh           : 08 Ogos 2023 (Selasa)

Masa            : 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari

Tempat         : Auditorium PSNZ

2. Program ini merupakan salah satu program Read@Uni di Universiti Malaysia Terengganu yang bertujuan untuk meraikan karya penulis dari negeri Terengganu di samping mengupas isi kandungan buku yang bermanfaat kepada hadirin.

3. Sehubungan itu, seluruh warga UMT adalah dijemput hadir bagi menjayakan program ini. Kehadiran tuan/puan akan direkodkan di dalam modul e-latihan UMT dan pelajar yang mengikuti program ini akan diberi Merit Mystar.

4. Sokongan dan kehadiran tuan/puan, ke majlis ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

 

EMERALD’S RESEARCH, PUBLICATION, and NETWORKING, EAST COAST EDITION
Skip to content