Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah

Universiti Malaysia Terengganu

PROGRAM PSNZ OPEN DAY 2023 (POD 2023)

October 30, 2023 - November 2, 2023
08:30 - 16:30
PERPUSTAKAAN SULTANAH NUR ZAHIRAH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg Dato’/Prof./PM Dr./Dr./Tuan/Puan,

Merujuk kepada perkara yang di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah akan menganjurkan Hari Bersama Perpustakaan 2023 yang dikenali sebagai PSNZ Open Day 2023 (POD 2023). Program ini akan diadakan dengan merujuk butiran berikut:

Tarikh: 30 Oktober hingga 2 November 2023 (Isnin hingga Khamis)

Waktu: 8.30 am – 4.30 pm

Tempat: Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, UMT

 Antara aktiviti menarik yang diadakan;

Diskaun 50% Denda Lewat Pulang Buku

– Pameran Agensi Awam: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) & Jabatan Bantuan Guaman Terengganu

– Peraduan Teka Muka Surat Buku | Peraduan Teka Jumlah Ikan | Kuiz PSNZ

Pertandingan Video TikTok

– Pertandingan e-Poster Ilmiah

– Cabutan Pengunjung Bertuah

– Karnival Jualan

Konsultasi Penerbit / Pembekal dan Online Database Training (ODB)

Pameran Buku Ilmiah

   Objektif utama PSNZ Open Day 2023 adalah untuk mengeratkan hubungan antara perpustakaan dan warga kampus, pelbagai agensi di sekitar serta orang awam; serta mempromosikan koleksi, perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan. Selain itu juga, program ini juga bertujuan untuk menggalakkan kunjungan pelanggan ke perpustakaan sekaligus menggalakkan budaya membaca di kalangan warga kampus.

Maklumat lanjut berkenaan program-program ini boleh didapati melalui laman Facebook Rasmi PSNZ : Aktiviti POD 2023  Pertandingan POD 2023

Semua pelajar dan staf UMT serta komuniti setempat adalah dijemput untuk menyertai dan memeriahkan program ini.

Sekian, terima kasih.

INVITATION: [SCOPUS WEBINAR] – MALAYSIA SCOPUS : AUTHOR PROFILES, PREPRINTS, AND TOPICS
Skip to content