Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah

Universiti Malaysia Terengganu

PERTANDINGAN SAYEMBARA PUISI MALAYSIA MADANI 2023 SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-66

September 10, 2023
09:00 - 13:00
Auditorium PSNZ

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato’, Prof., Prof. Madya, Dr., Tuan, Puan,

HEBAHAN PERTANDINGAN SAYEMBARA PUISI MALAYSIA MADANI 2023 SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-66

Sukacita dimaklumkan, Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ) UMT dengan kerjasama Pusat Kebudayaan dan Kesenian UMT akan menganjurkan Pertandingan Sayembara Puisi Malaysia Madani dengan tema Masyarakat Membaca Masyarakat Merdeka sempena sambutan bulan Kemerdekaan Malaysia ke-66. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin menjemput semua warga UMT untuk menyertai pertandingan ini dengan merujuk butiran berikut :

Tarikh : 10 September 2023 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi – 1.00 petang
Tempat : Auditorium PSNZ
Penyertaan: Secara Walk-In terhad kepada 20 penyertaan Sahaja. 

Pendaftaran : https://forms.gle/kp6VSEaNJYsS348E8

Bersama emel ini juga dilampirkan senarai koleksi puisi di Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah. Pertanyaan lanjut berkaitan pertandingan ini, mohon rujuk kepada poster yang disertakan bersama atau hubungi Urusetia:
• En. Mohamad Asmawi Abd Rahman : asmawirahman@umt.edu.my | 019-7710957
• En. Mohd Shareezad Abd Satad : ezad@umt.edu.my | 012-9602526
• Pn. Nurul Ashikin binti Che Halim : shikin@umt.edu.my | 013-9606637
Warga UMT juga adalah dijemput untuk menyaksikan Pertandingan Sayembara Puisi yang akan diadakan ini. Sokongan dan kerjasama warga UMT untuk menjayakan pertandingan ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
SEMINAR KEBANGSAAN PEMBANTU PUSTAKAWAN 2023 (SKPP 2023)
Skip to content