Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah

Universiti Malaysia Terengganu

LIBRARY OUTREACH 2023 : FPM & FPEPS

June 21, 2023
09:00 - 13:00
Bilik Seminar FPEPS

Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera,

Y. Bhg. Prof. Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan,

Jemputan ke Library Outreach 2023: FPM & FPEPS

Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ), Universiti Malaysia Terengganu akan menganjurkan program Library Outreach 2023: FPM & FPEPS. Pelajar siswazah, pensyarah dan penyelidik dari FPM & FPEPS dengan segala hormatnya dijemput untuk menghadiri program ini sebagaimana ketetapan di bawah:

Tarikh    :        21 Jun 2023 (Rabu)
Masa      :        9.00 am – 12.30 pm
Tempat   :        Bilik Seminar FPEPS

Objektif:

Program ini dianjurkan untuk menggalakkan keterlibatan pengguna perpustakaan, mempromosikan perkhidmatan penting dan memenuhi keperluan maklumat pengguna. Ia juga bertujuan untuk memperkasakan fungsi sokongan penyelidikan dan pustakawan penghubung. Peserta sasaran ialah pelajar pasca siswazah, penyelidik dan ahli akademik FPM & FPEPS.

Ringkasan program:

  1. Sesi Taklimat Penerbitan
10.00 am – 11.30 am Penerbitan Jurnal Bersama Penerbit UMT : Panduan  dan Etika Penerbitan– oleh Cik Rabil Sitta Abdul Rahman dan Pn. Nurul Ain Mohd Noor (Penerbit UMT)
11.30 am – 12.30 pm Pengenalan kepada Mendeley – oleh Sharifah Akmal Syed Abd Rahman (PSNZ)

 

  1. Sesi Konsultasi:
9.00 am – 12.30 pm Perkhidmatan, Turnitin, Perolehan, Langganan, UMT- IR (Pustakawan UMT)

**Penyertaan staf UMT akan direkod dalam E-Latihan!

**E-Sijil disediakan kepada semua peserta!

Untuk sebarang pertanyaan Y. Bhg. Prof. Dato’/Prof./Dr/Tuan/Puan bolehlah menghubungi:

Kerjasama Y. Bhg. Prof. Dato’/Prof./Dr/Tuan/Puan terhadap perkara di atas kami dahului dengan setinggi-tinggi penghargaan.

Sekian.

INVITATION : [ELSEVIER WEBINAR] – ACHIEVING TEACHING AND LEARNING OBJECTIVES WITH SCIENCEDIRECT EBOOKS.
Skip to content