Assalamualaikum WBT Salam Sejahtera,
YBhg. Prof. Dato’/Prof./Prof.Madya/Dr./Tuan/Puan,
MAKLUMAN PENGANJURAN BENGKEL PENGURUSAN MAKERSPACE SIRI I – PENGOPERASIAN DAN PENGENDALIAN 3D PRINTER
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, UMT akan menganjurkan Bengkel Pengurusan Makerspace Siri I sepertimana ketetapan berikut:
Tarikh : 27 – 29 Mei 2024 (Isnin – Rabu)
Masa : 8.00am – 4.00pm
Tempat : Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, UMT
3. Semoga di dalam makluman pihak YBhg. Prof.Dato’/Prof./Prof.Madya/Dr./Tuan/Puan. Untuk keterangan lebih lanjut, mohon hubungi Encik Amir Abdul Khalik di talian (4337).
Sekian, terima kasih.