Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah

Universiti Malaysia Terengganu

PROGRAM PSNZ OPEN DAY 2024 (POD 2024)

October 28, 2024 - October 30, 2024
08:30 - 16:30
PERPUSTAKAAN SULTANAH NUR ZAHIRAH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg Dato’/Prof./PM Dr./Dr./Tuan/Puan,

Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah akan menganjurkan Hari Bersama Perpustakaan 2024 yang dikenali sebagai PSNZ Open Day 2024. Program ini akan diadakan dengan merujuk butiran berikut:

Tarikh: 28 hingga 30 Oktober 2024 (Isnin hingga Rabu)
Waktu: 8.30 am – 4.30 pm
Tempat: Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, UMT

Antara aktiviti menarik yang diadakan;
* Pameran Agensi
* Kempen Derma Darah
* Pameran Buku Ilmiah
* Bengkel dan Latihan Pangkalan Data
* Pertandingan dan Kuiz
* Cabutan Bertuah
* Dan macam-macam lagi!

Objektif utama PSNZ Open Day 2024 adalah untuk mengeratkan hubungan antara perpustakaan dan warga kampus, pelbagai agensi di sekitar, orang awam serta mempromosikan koleksi, perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan. Selain itu juga, program ini juga bertujuan untuk menggalakkan kunjungan pelanggan ke perpustakaan sekaligus menggalakkan budaya membaca di kalangan warga kampus.

Semua pelajar dan staf UMT serta komuniti setempat adalah dijemput untuk menyertai dan memeriahkan program ini.

MINGGU BERSAMA PERPUSTAKAAN PELAJAR BAHARU SARJANA MUDA Sesi AKADEMIK 2024/2025
Skip to content