Universiti Malaysia Terengganu

PROGRAM SEMBANG ILMU SIRI 2 DENGAN KERJASAMA AKADEMI ZAKAT (AZKA-PPZ) MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP)

August 15, 2024
10:00 - 12:30
AZKA Corner PSNZ, UMT
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan/Saudara/Saudari yang dihormati,

JEMPUTAN MENGHADIRI PROGRAM SEMBANG ILMU SIRI 2 DENGAN KERJASAMA AKADEMI ZAKAT (AZKA-PPZ) MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP)

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan kerjasama Akademi Zakat (AZKA-PPZ) MAIWP akan menganjurkan Program Sembang Ilmu Siri 2 seperti ketetapan berikut:

Tarikh             : 15 Ogos 2024 (Khamis)
Masa               : 10.00 pagi hingga 12.30 petang
Tajuk              : “ Kaedah Pengurusan Harta : Hutang Kepada Allah VS Hutang Kepada Manusia  ”
Penceramah   : Dr. Jaharudin bin Padli Al-Banjari, Pensyarah Kanan Fakulti Perniagaan Ekonomi dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Terengganu
Pautan            : https://www.facebook.com/OfficialPSNZ/

3. Sehubungan itu, pihak kami berbesar hati menjemput YBhg. Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan/Saudara/Saudari untuk menyertai program secara atas talian ini serta mengambil manfaat daripada perkongsian ilmu yang akan disampaikan.
 
* Kehadiran ke program ini dikira jam latihan (staf) & Merit MyStar (pelajar) kepada Warga UMT. 
* e-sijil disertakan

4. Kerjasama dan perhatian YBhg. Dato’/Prof./Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

THE TOP 10 ETHICAL PITFALLS OF WELL-INTENTIONED RESEARCHERS
Skip to content