MT CITIZEN SCIENCE PROJECT: INTERTIDAL ZONE OF UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU 2.0.
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) terus memperkukuh komitmen terhadap pemeliharaan dan kelestarian ekosistem marin menerusi pelaksanaan UMT Citizen Science Project: Intertidal Zone of Universiti Malaysia Terengganu 2.0.
Program ini merupakan satu inisiatif Open Science yang memberi penekanan kepada penglibatan komuniti dalam pengumpulan data biodiversiti marin, di samping meningkatkan kesedaran dan kefahaman terhadap kepentingan pemeliharaan ekosistem pantai. Merupakan salah satu aktiviti di bawah Program World Oceans Weeks (WOW UMT 2026) dan kolaborasi bersama Ocean Hope, UMT. Penggunaan platform iNaturalist turut menyokong usaha pendokumentasian biodiversiti secara sistematik serta memperkukuh penglibatan masyarakat dalam aktiviti sains warga (citizen science).
Inisiatif seumpama ini bukan sahaja menyumbang kepada pengayaan data biodiversiti, malah menjadi wadah dalam membudayakan kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar serta memperkasakan peranan masyarakat sebagai rakan strategik dalam usaha pemuliharaan ekosistem marin.