22 OGOS 2024 – UCAPAN PENGHARGAAN SEMPENA PROGRAM LAWATAN KERJA YB. TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN TINGGI KE PERPUSTAKAN SULTANAH NUR ZAHIRAH, UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
Â
Sukacita dimaklumkan bahawa Program Lawatan Kerja YB Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB. Datuk Ts. Mustapha Sakmud ke Perpustakan Sultanah Nur Zahirah, Universiti Malaysia Terengganu telah berlangsung pada 22 Ogos 2024 (Khamis).
Â
Sehubungan dengan itu, pihak Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah UMT ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi dan delegasi Kementerian Pendidikan Tinggi atas kesudian untuk merasmikan fasiliti terbaharu PSNZ iaitu Lif OKU dan Mini Studio.
Â
Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada ahli Lembaga Pengarah Universiti, pihak pengurusan UMT, serta warga UMT yang turut hadir ke program ini.
Â
Ucapan penghargaan dan terima kasih juga dirakamkan kepada Pejabat Pembangunan Harta (PPH), Pejabat Komunikasi Korporat (PKK), Pejabat Timbalan Naib Canselor HEPA serta warga UMT yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi memastikan program dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Â
Semoga kerjasama dan sokongan seumpama ini akan berterusan di masa akan datang.
Â