Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah

Universiti Malaysia Terengganu

Tradisi Ke’ilmuan Bahasa Jawi

Description of this book:

Tradisi Ke‘ilmuan Bahasa Jawi mengupas perbicaraan Jawi, bukan sekadar tulisan, tetapi meneroka haqiqat sebenarnya yang lebih luas—iaitulah sebagai sebuah bidang ‘ilmu bahasa, pusaka persuratan para ahli ‘ilmu dan juga penyata ma’na diri dan budaya bangsa Melayu. Untuk memahami haqiqat ini, maka penulis memulakan perbicaraan dengan menjelaskan beberapa faham dan konsep asasi untuk meneroka “Jawi” sebagai sebuah tradisi ke’lmuan bahasa yang khas untuk bangsa Melayu. Oleh itu, terdapat sebilangan peristilahan yang bakal diperkenalkan iaitulah konsep tradisi, ‘ilmu dan ke’ilmuan, Pengislaman Bahasa, Bahasa Islam dan pandangan ‘alam Islam. Adapun konsep-konsep ini akan dijadikan dasar falsafah dan kerangka kefahaman untuk pembaca menghayati Jawi sebagai sebuah tradisi ke’ilmuan bahasa—iaitulah tradisi ke’ilmuan Bahasa Jawi.

Jawi secara zahirnya dilihat sebagai sebuah tulisan untuk Bahasa Melayu yang disuratkan dalam huruf ‘Arab, dengan beberapa pengubahsuaian untuk bunyi-bunyi Melayu. Secara luarannya juga, ia mempunyai qa’idah penulisan dan ejaan yang tersendiri, yang berbeza dengan jalan dan aturan Bahasa ‘Arab. Ia mempunyai sejarah lebih 700 tahun di ‘Alam Melayu dan ialah bentuk persuratan yang telah merangkumkan ribuan pulau dan semenanjung ‘Alam Melayu. Ia menjadi wadah peradaban Melayu dan digunakan oleh hampir semua institusi kerajaan Melayu-Islam. Kedudukan penting Jawi sebagai persuratan ke’ilmuan di Alam Melayu sangatlah penting dan tidak dapat tiada seseorang perlu mengetahui dan menguasainya untuk mengenali haqiqat peradaban Melayu.

 

Tajuk : Tradisi Ke‘ilmuan Bahasa Jawi

No. Panggilan : PL 5052 .M8 2022

Penerbit : Kajang, Selangor – Akademi Jawi Malaysia Sdn. Bhd.

Tahun : 2022

 

Skip to content