PROGRAM@PSNZ: 5 OKTOBER 2026 – TELAAH@UMT SIRI II âFISHES OF KENYIRâ.
Â
Menyelusuri khazanah biodiversiti Tasik Kenyir melalui karya âFishes of Kenyirâ, TELAAH@UMT SIRI II membuka ruang perkongsian ilmu bersama para pengarang yang mengupas pengalaman, pengetahuan serta kisah di sebalik penghasilan karya istimewa ini.
Â
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Dr. Mohamad Aqmal Mohd Naser, Fakulti Sains Perikanan dan Akuakultur (FSPA), UMT serta Prof. Madya Dr. Amirrudin Ahmad, Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari, UMT atas perkongsian ilmu dan pengalaman yang begitu bermakna.
Â
Sekalung penghargaan turut ditujukan kepada Prof. Madya Dr. Che Hasniza binti Che Noh, Pengarah Penerbit UMT merangkap Ketua Program, dan seluruh ahli jawatankuasa Telaah@UMT atas komitmen dalam menjayakan program ini.
Â
Ucapan terima kasih juga kepada seluruh jemputan dan peserta yang hadir secara bersemuka mahupun dalam talian. Sokongan dan komitmen yang diberikan amat bermakna dalam memastikan kelangsungan program TELAAH@UMT.
Â
Semoga perkongsian melalui karya âFishes of Kenyirâ ini terus menyemarakkan budaya membaca, perkongsian ilmu serta kecintaan terhadap khazanah biodiversiti negara, khususnya keunikan ekosistem Tasik Kenyir.
Â
TELAAH@UMT â Membaca, Menelaah, Berkongsi Ilmu.
Â