PROGRAM@PSNZ: 8 JULAI 2025 – TAKLIMAT PENGUKUHAN INTEGRITI “DARI MEJA KERJA KE TIMBANGAN AKHIRAT”.
Alhamdulillah telah berlangsung Taklimat Pengukuhan Integriti PSNZ pada hari ini secara hibrid. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Puan Siti Fatimah Abdullah, Ketua Unit Integriti, Universiti Malaysia Terengganu atas taklimat yang telah disampaikan. Program telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama PSNZ sekitar jam 8.50 pagi dan tamat pada jam 10.00 pagi. Program ini turut disertai secara dalam talian melalui FB rasmi Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah.
Tahniah diucapkan kepada Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Korporat PSNZ atas penganjuran program tahunan yang sangat bermanfaat dalam meningkatkan nilai integriti dikalangan warga. Terima kasih kepada semua peserta yang turut sama menyertai. Semoga apa yang telah disampaikan menjadi panduan dan peringatan kepada kita semua.
Terima kasih.