PROGRAM@PSNZ : 17 OGOS 2026 – SESI TEMUDUGA MYSISWA@JOC (JOB ON CAMPUS).
Sesi ini telah berlangsung pada 17 Ogos 2026 bertempat di Bilik Synergy 1, Aras 1, PSNZ.
Program MySISWA@JoC merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang bertujuan menyediakan peluang pekerjaan sambilan secara fleksibel kepada mahasiswa Universiti Awam (UA) dalam kampus bagi membantu meringankan kos sara hidup, memperkukuh kemahiran insaniah serta meningkatkan kebolehpasaran graduan.