Universiti Malaysia Terengganu

Sesi Perkongsian Pengenalan Dan Penggunaan Resource Description and Access (RDA)

29 OGOS 2024 – SESI PERKONGSIAN PENGENALAN DAN PENGGUNAAN RESOURCE DESCRIPTION AND ACCESS (RDA)
Program telah berlangsung di bilik EduRoom, PSNZ sekitar jam 8.30 pagi. Antara objektif program ialah penerangan dan penjelasan terhadap Standard RDA, pengenalan kepada penggunaan modul “Cataloging” dan “tag-tag” yang digunakan dalam standard RDA, penerangan terhadap sistem pengkelasan yang digunakan dan Kriteria-kriteria bahan serta polisi pengkatalogan.
 
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Puan Fatimah Salim, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan (Ketua Bahagian Pembangunan Sumber Ilmu), PSNZ atas ucapan aluan yang telah disampaikan.
 
Ucapan terima kasih juga Puan Sarawati Sulong, Pustakawan Kanan (Ketua Seksyen Pengindeksan dan Metadata, PSNZ atas perkongsian yang telah disampaikan, AJK dan semua peserta yang terlibat.
 
Semoga segala perkongsian yang telah diberikan dapat memberi manfaat kepada semua. In Shaa Allah.