PROGRAM@PSNZ : SESI PENYERAHAN BUKU SUMBANGAN KEPADA PSS SMK TOK JEMBAL, KUALA NERUS.
Sesi penyerahan buku sumbangan ini telah disampaikan oleh Cik Sharifah Akmal binti Syed Abd Rahman, Ketua Bahagian Pembangunan Sumber Ilmu PSNZ pada 20 Ogos 2026.
Sejumlah 77 naskah buku telah diserahkan kepada wakil pengurusan SMK Tok Jembal. Semoga buku-buku ini menjadi asbab kepada pembudayaan aktiviti membaca dan literasi maklumat di kalangan warga SMK Tok Jembal.