PROGRAM@PSNZ : 6 OGOS 2026 – SESI PEMILIHAN BUKU SUMBANGAN UNTUK PSS SMK TOK JEMBAL.
Â
Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ), Universiti Malaysia Terengganu berbesar hati menerima kunjungan pengurusan SMK Tok Jembal bagi sesi pemilihan bahan bacaan untuk memperkasakan Pusat Sumber Sekolah. Inisiatif ini diharapkan dapat memperkayakan koleksi bahan bacaan serta menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan murid, sekali gus menyokong usaha melahirkan generasi yang berilmu, berdaya saing dan cintakan ilmu.
Â
Delegasi SMK Tok Jembal turut dibawa melawat beberapa kemudahan yang disediakan kepada pengguna seperti Maker Room, Game Room dan juga Mini Studio.
Â
Terima kasih diucapkan kepada Encik Mohd Shahrulnizam bin Zuraimi, Ketua Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Korporat PSNZ, Encik Amir Abdul Khalik, Ketua Seksyen Pembelajaran Kreatif, Cik Sharifah Akmal binti Syed Abd Rahman, Ketua Bahagian Pembangunan Sumber Ilmu PSNZ dan Puan Nur Farizah binti Abdullah, Ketua Seksyen Pengurusan Perolehan PSNZ sebagai pemudahcara sepanjang program ini berlangsung.
Â
Semoga jalinan kerjasama antara PSNZ dan SMK Tok Jembal ini terus diperkukuhkan demi manfaat pendidikan serta pembangunan modal insan.
Â