Universiti Malaysia Terengganu

Sesi Pembentangan Laporan Oleh Pelatih Praktikal

PROGRAM@PSNZ: 15 FEBRUARI 2026 – SESI PEMBENTANGAN LAPORAN OLEH PELATIH PRAKTIKAL.
 
Alhamdulillah, telah berlangsung sesi pembentangan laporan Latihan Industri oleh Cik Nur Dalila Humairah binti Norizan, Cik Nur Fatin Faqihah binti Samarul Zaman dan Cik Sarah Ardini binti Zairuddin pelatih praktikal di PSNZ. Tahniah diucapkan atas kejayaan menamatkan Latihan dengan cemerlang.
 
Terima kasih diucapkan kepada Puan Fatimah binti Salim, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan PSNZ atas ucapan aluan yang telah disampaikan. Ucapan terima kasih juga kepada Dr. Siti Khairunnisa binti Sheikh Abdul Mutalib yang sudi hadir bersama secara atas talian bagi mengikuti sesi pembentangan laporan ini.
 
Kami di PSNZ mendoakan semoga Cik Nur Dalila Humairah binti Norizan, Cik Nur Fatin Faqihah binti Samarul Zaman dan Cik Sarah Ardini binti Zairuddin dipermudahkan segala urusan dan peroleh kejayaan di masa hadapan. In Shaa Allah.
 
Semoga kita berjumpa lagi.