Universiti Malaysia Terengganu

Sesi Pembentangan Laporan Oleh Pelatih Praktikal

INFO@PSNZ: 21 OGOS 2025 – SESI PEMBENTANGAN LAPORAN OLEH PELATIH PRAKTIKAL.
 
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya sesi pembentangan laporan Latihan Industri oleh Saudara Muhammad Aqil bin Zulkafli, Saudari Nur Shiera Shamimi binti Noh dan Saudari Siti Fatimah Husna binti Majedi yang telah menjalani latihan industri di Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ) bermula Mac hingga Ogos 2025.
 
Ucapan terima kasih turut ditujukan kepada Ketua-ketua Bahagian dan Pustakawan PSNZ yang turut hadir mengikuti sesi pembentangan ini.
 
Kami warga PSNZ mendoakan semoga adik-adik praktikal semua dipermudahkan segala urusan dan terus cemerlang dalam apa jua lapangan yang diceburi.
 
In shaa Allah. Semoga ada kesempatan untuk kita bertemu lagi.