Universiti Malaysia Terengganu

Sesi Pembentangan Laporan Oleh Pelatih Praktikal

INFO@PSNZ: 10 JUN 2025 – SESI PEMBENTANGAN LAPORAN OLEH PELATIH PRAKTIKAL
 
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya sesi pembentangan laporan Latihan Industri oleh Cik Norsuziyana binti Zulkafli, pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengajian Sunnah dengan Pengurusan Maklumat dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Beliau telah menjalani latihan industri di Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ) bermula 10 Mac hingga 10 Jun 2025.
 
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Cik Norsuziyana atas kejayaan menamatkan latihan dengan cemerlang.
 
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Abu Hassan Ghazali, Ketua Pustakawan PSNZ atas ucapan aluan yang disampaikan. Ucapan terima kasih turut ditujukan kepada Ketua-ketua Bahagian dan Pustakawan PSNZ yang turut hadir mengikuti sesi pembentangan ini.
 
Kami warga PSNZ mendoakan semoga Cik Norsuziyana binti Zulkafli dipermudahkan segala urusan dan terus cemerlang dalam apa jua lapangan yang diceburi. In shaa Allah.
 
Semoga ada kesempatan untuk kita bertemu lagi.