Universiti Malaysia Terengganu

Sesi Pembentangan Laporan Oleh Pelatih Praktikal

19 JANUARI 2025 – SESI PEMBENTANGAN LAPORAN OLEH PELATIH PRAKTIKAL
 
Alhamdulillah, telah berlangsung sesi pembentangan laporan Latihan Industri oleh Cik Aishah Mamat dan Cik Nurul Syaidatul Syakirah Osman, pelatih praktikal di PSNZ. Tahniah diucapkan atas kejayaan menamatkan Latihan dengan cemerlang.
 
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Abu Hassan Ghazali, Ketua Pustakawan PSNZ atas ucapan aluan yang telah disampaikan. Ucapan terima kasih juga kepada Encik Zailan Endin, Pensyarah Kanan, Kolej Pengajian Pengkomputeran Informatik & Matematik, UiTM Kampus Rembau, Negeri Sembilan yang sudi hadir bersama secara atas talian bagi mengikuti sesi pembentangan laporan ini.
 
Kami di PSNZ mendoakan semoga Cik Aishah Mamat dan CIk Nurul Syaidatul Syakirah Osman dipermudahkan segala urusan dan peroleh kejayaan di masa hadapan. In Shaa Allah.
 
Semoga kita berjumpa lagi!
Â