Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah

Universiti Malaysia Terengganu

Sekitar Program Literasi Maklumat Untuk IPGM Negeri Terengganu : “Strategi Pencarian Dan Pengurusan Maklumat Dalam Penulisan Ilmiah”

4 SEPTEMBER 2024 – SEKITAR PROGRAM LITERASI MAKLUMAT UNTUK IPGM NEGERI TERENGGANU “STRATEGI PENCARIAN DAN PENGURUSAN MAKLUMAT DALAM PENULISAN ILMIAH
 
Program anjuran Bahagian Pengurusan dan Perkhidmatan Maklumat, PSNZ, UMT dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru (IPG), Kampus Dato’ Razali Ismail merupakan salah satu program University Social Responsibility (USR).
 
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang perkhidmatan perpustakaan seperti cara mengakses perkhidmatan digital dan fizikal, pencarian koleksi perpustakaan, teknik pengaksesan dan penilaian maklumat yang tepat.
Program hari ini melibatkan seramai 39 pelajar, 4 pegawai pengiring (staf Unit Pusat Sumber) telah diadakan di EduRoom PSNZ.
 
Skip to content