Description of the book:
Penerbitan buku ini bertitik tolak daripada iltizam untuk mengangkat peranan sebenar kumpulan sarjana di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) sebagai pemikir sosial yang dapat membumi, iaitu memberi impak kepada pembangunan negara dan kesejahteraan masyarakat. Seorang Profesor Diraja dan lima Profesor Ulung yang dicerakinkan dalam buku ini merupakan ikon dan suri teladan sekali gus menjadi lambang kekuatan ahli akademik tulen. Dari segi konsepnya, mereka bukan lagi semata-mata menjadi ‘milik’ institusi yang diwakilinya, tetapi kepunyaan negara yang wajar dikongsi kepakaran oleh kerajaan, pihak berkepentingan dan seluruh rakyat Malaysia.