PROGRAM@PSNZ : SANTAI PUSTAKAWAN @PPMT SIRI II.
Perpustakaan bukan sekadar ruang penyimpanan ilmu, tetapi turut berperanan sebagai pemangkin pembangunan komuniti dan penjana nilai kepada masyarakat.
Terima kasih kepada semua panel, moderator, peserta serta rakan kerjasama yang telah menjayakan Program Santai Pustakawan @PPMT Siri II bertemakan “Perpustakaan & Komuniti: Dari Perkhidmatan ke Penjanaan Nilai”. Program ini menjadi platform perkongsian idea, pengalaman dan amalan terbaik dalam memperkasa peranan perpustakaan sebagai hab ilmu, literasi maklumat dan pembangunan komuniti. Diharapkan agar perkongsian ilmu dan idea yang dibincangkan dapat diterjemahkan dalam bentuk tindakan yang lebih proaktif demi memperkasakan institusi perpustakaan sebagai pusat kecemerlangan ilmu dan pembangunan komuniti.
Semoga jalinan ukhuwah dan kolaborasi strategik yang terhasil terus memperkukuh profesion kepustakawanan serta meningkatkan impak perpustakaan kepada masyarakat.