Universiti Malaysia Terengganu

Read@Uni Tahun 2023

Jom Baca 10 Minit

Program Jom Baca 10 minit yang telah diadakan disekitar kampus dan perpustakaan adalah bagi memberikan sokongan terhadap kepentingan membaca dan mereka berhenti sebentar daripada melakukan aktiviti rutin selain membaca untuk tempoh 10 minit. Diadakan pada tarikh 18 Mei 2023 di sekitar Kampus UMT dengan penyertaan seramai 409 orang meliputi pelajar dan staf UMT.

Program Sumbangan Buku SK Pechah Rotan

Aktiviti khidmat bantu pemilihan dan penyediaan buku-buku sumbangan bagi kegunaan pusat sumber sekolah dan aktiviti galakan membaca di sekolah. Sesi penyerahan buku sumbangan ini telah disempurnakan oleh En. Mohd Shahrulnizam Zuraimi, Timbalan Ketua Pustakawan diiringi Pn. Nur Farizah Abdullah, Pustakawan Kanan Seksyen Pengurusan Perolehan BPSI pada 23 Mei 2023. Sebanyak 69 buah buku telah diserahkan kepada Guru Besar SK Pechah Rotan, Puan Nor Asyima. Semoga buku-buku ini menjadi asbab pembudayaan aktiviti membaca di kalangan warga SK Pechah Rotan.

Program Resensi Buku Bersama Penulis: Dato' Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri "Salam Terakhir"

Program Resensi Buku bersama penulis ini diadakan bagi tujuan perkongsian mengenai buku “Salam Terakhir” yang menghimpunkan nasihat-nasihat daripada seorang bapa kepada anaknya. Penulis juga akan berkongsi pengalaman dan cabaran yang dilalui serta dorongan dan sokongan yang telah diterima sepanjang penulisan buku ini. Diadakan pada 08 Ogos 2023 bertempat di Auditorium PSNZ, Universiti malaysia Terengganu. Program ini dihadiri oleh seramai 272 peserta.

"Program Sayembara Puisi Malaysia Madani"

Program sayembara puisi ini adalah bagi menggalakkan peserta menggunakan bahan bacaan perpustakaan sebagai karya dalam deklamasi serta menyemai sikap mencintai karya-karya hasilan tempatan. Telah diadakan pada 10 Sept 2023 di Auditorium PSNZ dan disertai seramai 30 orang peserta.