Universiti Malaysia Terengganu

Read@Uni Tahun 2022

Jom Baca 10 Minit

Sekitar Kampus, Universiti Malaysia Terengganu bertarikh 21 April 2022.

Program Resensi Buku Kelulutologi, Merungkai Misteri Kelulut, Alam dan Kehidupan Manusia - Prof Dr. Shamsul Bahri Abd Razak

Program resensi buku yang akan diadakan ini adalah bertepatan dengan peranan dan fungsi PSNZ dalam mempromosikan buku-buku yang berkualiti hasil penulisan warga UMT selain menjadikan program ini sebagai salah satu aktiviti pengukuhan budaya membaca dikalangan warga UMT dan ianya merupakan program citra PSNZ. Pihak Jawatankuasa Pelaksana Read@UNI telah menerima maklumbalas mengenai kejayaan penulis dalam memperolehi Anugerah Buku Negara bagi kategori buku umum terbaik pada Ogos 2022 dan ia menjadi merit kepada penganjuran program bagi berkongsi intipati buku dan pengalaman dalam penghasilan buku yang bakal diulas. Diadakan pada 16 November 2022 bertempat di Auditorium PSNZ, Universiti malaysia Terengganu. Program ini dihadiri oleh seramai 116 peserta.

Program Penyerahan Buku Sumbangan SK Lubuk Periuk dan SK Betong

Program Pasca banjir ini dilaksanakan bagi membantu pihak sekolah meningkatkan jumlah koleksi bahan bacaan di Pusat Sumber Sekolah bagi kegunaan guru dan murid. Telah diadakan pada 15 Jun 2022 di Sekolah Kebangsaan Lubuk Periuk dan disertai seramai 77 orang peserta.

Program Lestari Ulasan Buku

Untuk memberi kemahiran kepada staf PSNZ dalam membuat ulasan buku-buku pilihan serta berkongsi bahan bacaan yang menarik. Program dijalankan setiap hari Selasa sepanjang Januari hingga Disember Tahun 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat PSNZ dan juga dalam talian (Webex).