Universiti Malaysia Terengganu

PSNZ Gala Night 2025

INFO@PSNZ: 4 DISEMBER 2025 – PSNZ GALA NIGHT 2025.
 
Sekitar Program Gala Night Kelab PSNZ telah berlangsung pada 4 Disember 2025 di Hotel Raia, Kuala Nerus. Program ini merupakan program penghargaan kepada semua ahli kelab yang sama-sama berganding bahu melibatkan diri dalam program-program anjuran Kelab PSNZ sepanjang tahun 2025. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Abu Hassan Ghazali, Penasihat Kelab dan Encik Mohd Shahrulnizam Zuraimi, Pengerusi Kelab atas kesudian hadir menyempurnakan majlis.
 
Ucapan terima kasih juga kepada Pengarah Program, Puan Fatimah binti Salim dan jawatankuasa serta semua ahli kelab yang telah bertungkus lumus menjayakan program penutup bagi tahun 2025.
 
Semoga program ini dapat meningkatkan lagi ukhuwah kita semua.
 
@officialumt