Universiti Malaysia Terengganu

PSNZ Gala Night 2024

19 DISEMBER 2024 – PSNZ GALA NIGHT 2024
 
PSNZ Gala Night 2024 dengan tema Tradisional Melayu telah berlangsung pada 19 Disember 2024 bertempat di Hotel Grand Puteri, Kuala Terengganu. Program ini merupakan program anjuran Kelab PSNZ dalam memberikan penghargaan kepada semua ahli kelab yang sama-sama berganding bahu dan bekerjasama dalam program-program anjuran Kelab PSNZ sepanjang tahun 2024.
 
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Abu Hassan Ghazali, Penasihat Kelab dan Encik Mohd Shahrulnizam Zuraimi, Pengerusi Kelab atas kesudian hadir menyempurnakan majlis.
 
Ucapan terima kasih juga kepada Puan Fatimah Salim dan seluruh jawatankuasa kelab yang telah bertungkus lumus menjayakan program penutup bagi tahun 2024 ini.
 
Semoga program ini menjadi salah satu kenangan terindah yang membawa kita lebih rapat sebagai sebuah keluarga besar.
 
Malam terang si bulan purnama,
Bintang berkerlip di langit nan biru.
Majlis selesai dengan sempurna,
Terima kasih kepada semua yang bantu.