Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah

Universiti Malaysia Terengganu

Program Lestari Staf Bersama Buku

26 MAC 2024 – PROGRAM LESTARI STAF BERSAMA BUKU
 
Program Lestari Staf Bersama Buku pada pagi ini telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Abu Hassan Ghazali, Ketua Pustakawan PSNZ. Terima kasih juga diucapkan kepada Encik Mohd Haizan Zakari, Pembantu Pustakawan Kanan, PSNZ atas ulasan buku yang bertajuk “8 Surah Pilihan Untuk Diamalkan”.
 
Dalam program ini juga turut diselitkan dengan penyampaian sumbangan kebajikan kepada ahli Kelab PSNZ, Encik Mohd Zaidi Mamat serta Encik Mohd Fazli Adul Latif. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Abu Hassan Ghazali (Penasihat Kelab PSNZ) dan Encik Mohd Shahrulnizam Zuraimi (Pengerusi Kelab PSNZ) atas kesudian menyampaikan sumbangan.
 
Program diteruskan dengan Taklimat Statistik Ezproxy yang disampaikan oleh Encik Mohd Hairolanuar Mohammad, Ketua Seksyen Repositori Data Digital, PSNZ. Taklimat ini bertujuan untuk pendedahan kepada staf PSNZ tentang kaedah dan tatacara pengumpulan data statistik penggunaan ezproxy PSNZ.
 
Skip to content