Universiti Malaysia Terengganu

Program Lestari Staf Bersama Buku

PROGRAM@PSNZ : 18 OGOS 2026 – PROGRAM LESTARI STAF BERSAMA BUKU.
 
Warga PSNZ mengalu-alukan kedatangan YBrs. Puan Harisom Anida binti Musa, Ketua Pustakawan PSNZ yang baharu dilantik berkuat kuasa mulai 5 Ogos 2026.
 
Program Lestari telah dipengerusikan oleh Puan Harisom Anida binti Musa, Ketua Pustakawan, Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ). Sesi ulasan buku telah disampaikan oleh Encik Mustafa bin Rani, Pembantu Pustakawan Kanan, PSNZ dengan buku bertajuk “101 Rekreasi Hati”.
 
Majlis mengucapkan selamat datang kepada pelatih praktikal Cik Alyana Nazirah binti Saiful Bahari, UiTM Cawangan Kelantan.
 
PSNZ telah menjemput wakil daripada Pejabat Pendaftar bagi menerangkan dengan lebih lanjut berkenaan Pelaksanaan Hari Bekerja Hibrid (HBH) yang akan bermula pada 1 September 2026.
 
Semoga segala ilmu dan pengisian yang dikongsikan dalam program ini memberi manfaat kepada semua warga PSNZ.
 
UMT – Universiti Malaysia Terengganu
Pejabat Pendaftar, UMT