Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah

Universiti Malaysia Terengganu

Program Lestari Ramadan Siri 2 2024/1445H

2 APRIL 2024 – PROGRAM LESTARI RAMADAN SIRI 2 2024/1445H
 
Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah telah menganjurkan program khas sempena kedatangan bulan Ramadan 1445H. Program Lestari Ramadan Siri 2 pada kali ini telah mengundang Profesor Dr. Asyraf bin Haji Ab Rahman, Dekan, Pusat Pendidikan Asas dan Lanjutan (PPAL) untuk berkongsi ilmu dengan ceramah bertajuk “Kepentingan Harta dan Berzakat dalam Islam”.
 
Terima kasih diucapkan kepada Profesor Dr. Asyraf atas perkongsian ini. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang hadir mengimarahkan lagi program ilmu yang telah diadakan di Auditorium Sulaiman ini.
 
Semoga segala ilmu yang dikongsikan dapat menambahkan lagi pengetahuan dan memberi manfaat kepada semua.
 
Skip to content