PROGRAM@PSNZ: 24 FEBRUARI 2026 – PROGRAM LESTARI RAMADAN SIRI 1: 2026/1447H.
Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah telah menganjurkan sebuah program khas sempena kedatangan bulan Ramadan 1447H. Program Lestari Ramadan pada kali ini telah mengundang YBrs. Ustaz Mohd Syafiq bin Alias, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Universiti Malaysia Terengganu untuk berkongsi ilmu dengan ceramah bertajuk “Ramadan: Madrasah Tarbiyah”.
Terima kasih diucapkan kepada YBrs. Ustaz Mohd Syafiq atas perkongsian ini.
Tahniah dan terima kasih kepada semua yang hadir mengimarahkan lagi program ilmu yang telah diadakan di Auditorium Sulaiman.
Semoga segala ilmu yang dikongsikan dapat menambahkan lagi pengetahuan dan memberi manfaat kepada semua.