25 Ogos 2023 – Program Lestari Outdoor PSNZ
Â
Program Lestari Outdoor Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah Di Stesen Penyelidikan Alami Tanah Bencah UMT Dan Taman Negeri Setiu Wetlands Program Lestari Outdoor kali ini telah melibatkan seramai 39 orang staf. PSNZ telah memilih lokasi Stesen Penyelidikan Alami Tanah Bencah (UMT) dan Taman Negeri Setiu Wetlands (Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu). Program ini adalah bertujuan untuk mempromosikan kemudahan yang ada kepada staf PSNZ.
Â
Sesi penerangan ringkas berkaitan Stesen Penyelidikan Alami Tanah Bencah UMT telah disampaikan oleh En. Syahnon Mohammad, Pegawai dari Seksyen Lapangan, Pusat Perkhidmatan Penyelidikan Dan Lapangan. Penerangan ringkas berkenaan keistimewaan ekosistem yang terdapat di Taman Negeri Setiu Wetlands telah disampaikan oleh En. Juhairy, Pembantu Penguatkuasa Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu (MPTN) kepada semua kakitangan PSNZ. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan sepanjang program berlangsung adalah sesi penanaman anak pokok oleh Ketua Pustakawan PSNZ, pembersihan kawasan di hujung Boardwalk serta aktiviti mengibar Jalur Gemilang.
Â
Terima kasih diucapkan kepada pihak En. Syahnon Mohammad dari Pusat Perkhidmatan Penyelidikan Dan lapangan (PPPL) dan En. Juhairy, Pembantu Penguatkuasa Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu kerana sudi menerima kunjungan kami.
Â
Jumpa lagi!!
Â

































