Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah

Universiti Malaysia Terengganu

Program Jom Baca Bersama 10 Minit@UMT 2024

23 APRIL 2024 – PROGRAM JOM BACA BERSAMA 10 MINIT@UMT 2024
 
Program Jom Baca 10 Minit @UMT 2024 merupakan salah satu program tahunan UMT yang dianjurkan oleh urusetia JK Read@Uni UMT bagi menyokong usaha kerajaan menerusi Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), memupuk budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia.
 
Di peringkat UMT, program ini mendapat penyertaan daripada hampir semua jabatan, fakulti serta sebahagian besar pelajar UMT. Program ini telah dianjurkan pada 23 April 2024 mulai jam 11.00 – 11.10 pagi, bertempat di ruang pameran Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah dan lokasi-lokasi bersesuaian di jabatan-jabatan di UMT.
 
Skip to content