PROGRAM@PSNZ : 9 JULAI 2026 – PROGRAM JERAYAWARA USR 2026.
Seksyen Korporat dan Perhubungan Luar telah berjaya menganjurkan Jerayawara USR 2026 secara dalam talian melalui aplikasi Webex pada 9 Julai 2026, dari 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua sekolah di daerah Kuala Nerus dan Kuala Terengganu yang terlibat atas kesudian menyertai serta memberikan komitmen yang amat baik sepanjang sesi jerayawara berlangsung. Kerjasama dan sokongan yang diberikan amat dihargai serta menjadi pemangkin kepada pelaksanaan program-program yang memberi manfaat kepada komuniti pada masa hadapan.
Terima kasih atas komitmen semua pihak.