Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah

Universiti Malaysia Terengganu

Program Gotong Royong Perdana PSNZ 2023

14 Disember 2023 – Program Gotong Royong Perdana PSNZ 2023.
 
Program gotong-royong Perdana merupakan program anjuran BPKS dan mendapat kerjasama seluruh warga PSNZ. Program ini melibatkan kerja-kerja mengalih aset usang, aset untuk dilupuskan dan juga sisa-sisa binaan yang ditinggalkan di sekitar bangunan PSNZ. Program ini bermula pada jam 9.30 pagi dan telah selesai sepenuhnya pada jam 3.30 petang.
 
Syabas dan Tahniah kepada seluruh warga PSNZ atas semangat dan komitmen yang padu dalam menyelesaikan aktiviti ini.
 
Skip to content