PROGRAM@PSNZ: 5 FEBRUARI 2026 – PODCAST INFO@PSNZ: “MAKER ROOM”.
Alhamdulillah, Siri Podcast INFO@PSNZ : “Maker Room” telah berlangsung pada jam 11.00 pagi. Jutaan terima kasih diucapkan kepadaEncik Amir bin Abdul Khalik, Pustakawan Kanan S12 Memangku (KUP) PSNZ dan Encik Harman Najib bin Ja’far@Abu Bakar, Pembantu Pustakawan Kanan PSNZ atas perkongsian yang disampaikan. Program berdurasi 30 minit ini telah berlangsung dengan penuh santai dan berinformasi.
Siri Podcast Info@PSNZ ini dianjurkan adalah bertujuan untuk:
i. Memberi pendedahan berkenaan kemudahan dan fasiliti yang disediakan oleh PSNZ.
ii. Menerangkan fungsi setiap kemudahan, peranan fasiliti dalam menyokong pembelajaran, peraturan, atau aktiviti komuniti.
iii. Mendidik penonton mengenai etika penggunaan fasiliti dan kepentingan menjaga harta benda bersama.
In shaa Allah, Info@PSNZ akan kembali dengan episod seterusnya dengan maklumat yang lebih berinformasi dan menarik.
Semoga bertemu lagi dalam siri Podcast seterusnya.







