Universiti Malaysia Terengganu

Podcast Info@Psnz: Kemudahan & Fasiliti

PROGRAM@PSNZ: 4 JUN 2025 – PODCAST INFO@PSNZ: KEMUDAHAN & FASILITI
 
Alhamdulillah, Siri Podcast Info@PSNZ : Kemudahan & Fasiliti telah berlangsung pada jam 11.00 pagi. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Puan Norsollehah Ahmad, Pustakawan Kanan PSNZ, dan Puan Hazlina Ismail, Ketua Pembantu Pustakawan PSNZ atas perkongsian yang disampaikan. Program berdurasi 30 minit ini telah berlangsung dengan penuh santai dan berinformasi.
 
Siri Podcast Info@PSNZ ini dianjurkan adalah bertujuan untuk:
 
i. Memberi pendedahan berkenaan kemudahan dan fasiliti yang disediakan oleh PSNZ.
ii. Menerangkan fungsi setiap kemudahan, peranan fasiliti dalam menyokong pembelajaran, peraturan, atau aktiviti komuniti.
iii. Mendidik penonton mengenai etika penggunaan fasiliti dan kepentingan menjaga harta benda bersama
In shaa Allah, Info@PSNZ akan kembali dengan episod seterusnya dengan maklumat yang lebih berinformasi dan menarik.
 
Semoga bertemu lagi dalam siri Podcast seterusnya.