Universiti Malaysia Terengganu

Podcast Borak Buku “Imagine If…: Creating A Future for Us All”

PROGRAM@PSNZ: 30 JUN 2025 – PODCAST BORAK BUKU “IMAGINE IF…: CREATING A FUTURE FOR US ALL”.
 
Alhamdulillah, Siri Podcast “Borak Buku” 2025 Episod 2 telah berjaya dilangsungkan dengan jayanya. Jutaan terima kasih diucapkan kepada panel jemputan, Puan Rabiatul Addawiyah Hanim Mohd Rosli, Timbalan Ketua Pustakawan PSNZ, serta moderator, Puan Wan Najihah Wan Muhammad, Pustakawan, PSNZ. Program berdurasi 30 minit ini telah berlangsung dengan penuh santai dan bermanfaat.
 
Objektif Podcast Borak Buku adalah seperti berikut:
a) Menyemai minat membaca secara santai dan mesra – Menjadikan buku sebagai sebahagian daripada perbualan harian melalui pendekatan yang ringan serta mudah diikuti.
b) Mendekatkan buku kepada komuniti digital – Membawa dunia buku ke platform moden agar terus relevan dengan gaya hidup masa kini.
 
In shaa Allah, kita akan kembali dengan episod seterusnya dengan kupasan buku yang lebih menarik. Semoga bertemu lagi dalam Podcast Borak Buku akan datang.