Universiti Malaysia Terengganu

Pertandingan Persahabatan Sukan Tenpin Bowling PSNZ (UMT) Bersama Perpustakaan Al-Wathiqu Billah (UniSZA)

DIARI@PSNZ: PERTANDINGAN PERSAHABATAN SUKAN TENPIN BOWLING PSNZ UMT BERSAMA PERPUSTAKAAN AL-WATHIQU BILLAH (UniSZA).
 
🎳 Dari Rak Buku ke Lorong Boling!
 
Telah berlangsung Pertandingan Persahabatan Sukan Tenpin Bowling antara Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada 3 Oktober 2026, bertempat di Coral Crown Bowl, Paya Bunga Sentral (PB Square).
 
Program ini bukan sahaja menyemarakkan semangat kesukanan, malah menjadi wadah untuk mengeratkan hubungan silaturahim, memperkukuh kerjasama dan memupuk semangat berpasukan dalam suasana santai serta penuh kemesraan.
 
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Puan Harisom Anida binti Musa, Ketua Pustakawan PSNZ, UMT dan Puan Norulhuda binti Makhtar, Ketua Pustakawan Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, UniSZA, atas kesudian hadir memeriahkan program ini. Terima kasih juga kepada semua warga kedua-dua perpustakaan yang telah memberikan sokongan dan menjayakan pertandingan ini.
 
Semoga jalinan persahabatan yang terukir melalui aktiviti sebegini terus diperkukuh dan menjadi pemangkin kepada kerjasama yang lebih erat antara kedua-dua institusi perpustakaan pada masa hadapan.
 
🎳 Bersaing secara sihat, bersahabat sepanjang hayat!