Universiti Malaysia Terengganu

Perbincangan PSNZ-HEPA-Unit Keselamatan Umt Berkenaan Isu Salah Laku dan Masalah Parkir Di Sekitar Bangunan PSNZ

PROGRAM@PSNZ: 23 JUN 2025 – PERBINCANGAN PSNZ-HEPA-UNIT KESELAMATAN UMT BERKENAAN ISU SALAH LAKU DAN MASALAH PARKIR DI SEKITAR BANGUNAN PSNZ.
 
Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah mengadakan satu sesi perbincangan bersama wakil Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) serta Unit Keselamatan UMT yang berlangsung pada 23 Jun 2025, bertempat di Bilik Mesyuarat PSNZ.
 
Perbincangan ini diadakan susulan beberapa aduan dan pemerhatian berkaitan isu salah laku pelajar seperti tingkah laku tidak wajar di persekitaran perpustakaan serta masalah parkir kenderaan khususnya masalah kereta pelajar di bangunan PSNZ.
 
Beberapa cadangan penyelesaian turut dibentangkan dalam perbincangan ini, antaranya:
 
1. Menambah baik penandaan kawasan parkir dan pemasangan papan tanda larangan parkir di lokasi strategik.
 
2. Pemantauan berkala oleh pihak Unit Keselamatan serta tindakan tegas terhadap pelanggaran peraturan.
 
3. Pendekatan advokasi melalui kempen kesedaran dan hebahan etika penggunaan perpustakaan secara berterusan oleh pihak HEPA dan PSNZ.
 
Perbincangan ini merupakan satu langkah proaktif dalam usaha memperkukuh disiplin pengguna serta memastikan suasana di sekitar dan dalam perpustakaan kekal kondusif dan berintegriti sejajar dengan peranan PSNZ sebagai pusat ilmu UMT.
 
Pihak PSNZ merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak HEPA dan Unit Keselamatan UMT atas komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam menangani isu ini secara bersepadu.