Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah

Universiti Malaysia Terengganu

Perbincangan Kerjasama Antara Perpustakaan UMRI, Indonesia Dan Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, UMT, Malaysia.

16 Januari 2024 – Perbincangan Kerjasama Antara Perpustakaan UMRI, Indonesia Dan Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, UMT, Malaysia.
 
Perbincangan antara Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, UMT dan Perpustakaan UMRI telah berlangsung pada jam 11.00 pagi Waktu Malaysia melalui aplikasi Webex.
Terima kasih diucapkan kepada semua pustakawan dan pegawai yang telah hadir khususnya Tuan Haji Abu Hassan Ghazali yang telah mempengerusikan perbincangan sebentar tadi dan juga Ibu Dwi Hastuti yang mewakili pihak UMRI dalam perbincangan kerjasama antara PSNZ, UMT dan Perpustakaan UMRI.
 
Secara dasarnya, kedua-dua pihak bersetuju untuk mengadakan kerjasama dua hala antara kedua-dua institusi dan negara melibatkan aktiviti perkongsian ilmu dan maklumat serta lain-lain program yang dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.
 
Semoga segala hasil perbincangan dan aktiviti/program yang direncanakan dapat direalisasikan pada masa akan datang.
 
Terima kasih.
 
Skip to content