11 DISEMBER 2024 – PENYERAHAN BUKU SUMBANGAN DARIPADA INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIM) KEPADA PERPUSTAKAAN SULTANAH NUR ZAHIRAH, UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Dr. Nik Roskiman bin Abdul Samad, Pengarah Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik (SYARAK), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) atas sumbangan buku kepada PSNZ.
Sesi penyerahan buku sumbangan ini telah diterima oleh Tuan Haji Abu Hassan bin Ghazali, Ketua Pustakawan PSNZ. Turut hadir bersama Prof. Dr. Noraznawati binti Ismail, Profesor (Ketua), (Marine Natural Product, Functional Proteins), ICAMB diiringi Puan Fatimah binti Salim, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan (Ketua Bahagian Pembangunan Sumber Ilmu). Sejumlah 14 volume jurnal (TAFHIM : IKIM Journal of Islam and the Contemporary World) telah diserahkan kepada PSNZ. Semoga jurnal-jurnal ini membantu dalam pengajaran dan pembelajaran serta menjadi asbab pembudayaan aktiviti membaca di kalangan warga UMT.
In shaa Allah.